Assalamualaikum semua. Memandangkan Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA) telah tamat, kebanyakan masa saya masuk ke kelas memang saya buat aktiviti pembentangan. Jadi, entry kali ni saya nak kongsikan dapatan semasa aktiviti pembentangan yang pernah murid-murid saya buat. Sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh guru-guru yang kreatif. Setakat ni saya rasa aktiviti menjana pendapat murid dan melatih keberanian bercakap di khalayak ramai ni sangat menarik dan memberikan peluang untuk saya lebih mengenali anak murid. Bila saya mengutarakan isu-isu seperti di rajah di atas tu, pelbagai hasil dapatan yang saya dapat. Walau soalan semudah tempat yang paling ingin dilawati, pelbagai respon saya dapat. Murid nakal memberikan jawapan yang ada kalanya lucu, ada kalanya merepek seperti rumah Acap, iaitu nama kawan dia yang paling disukai, sehinggakan satu kelas gelak besar. Namun kegembiraan yang diberikan tu membuatkan ada rasa terbit dalam hati saya ni, “mudahnya anak-anak ni terhibur”